Ad

Saturday 11 January 2014

Pandelela tumpu Sukan Komanwel

Pandelela tumpu Sukan Komanwel
 
PANDELELA hanya memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia.

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan akan menyertai tiga acara iaitu 3 meter (m) papan anjal seirama, 10m platform individu dan seirama pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London itu berkata, sebagai persiapan awal bagi dua temasya berkenaan, skuad terjun negara dijadualkan menjalani latihan pusat di China selewat-lewatanya awal bulan depan.

Sukan Komanwel 2014 akan berlangsung di Glasgow, Scotland dari 23 Julai hingga 3 Ogos manakala Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada 19 September hingga 4 Oktober.

"Mengenai sasaran pingat, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi persembahan terbaik dalam tiga acara berkenaan," kata Pandelela kepada pemberita pada kempen kutipan dana badminton istimewa iaitu 'Smash and Donate' anjuran sebuah bank terkemuka di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Pandelela berkata beliau tidak akan menyertai Kejohanan Siri Terjun Grand Prix Dunia Persekutuan Renang Dunia (FINA) untuk memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Saya bagaimanapun akan menyertai Kejohanan Terjun Piala Dunia pada bulan Julai nanti (di Shanghai, China)," kata anak jati Sarawak itu.

Kempen kutipan dana itu antara lain bertujuan menampung perbelanjaan Pusat Transplan Hepar, Hospital Selayang yang mendapat sokongan Maybank sejak 2002.

SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14

No comments:

Post a Comment