PDRM buru juara Liga Perdana
Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri)
bersalaman dengan Dollah Salleh dalam majlis pelancaran skuad dan jersi baharu
PDRM di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menyasarkan untuk muncul juara Liga Perdana bagi melayakkan
diri ke saingan Liga Super musim depan.
Penaung skuad PDRM, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya dengan kehadiran Dollah Salleh selaku jurulatih,
pasukan itu mampu mengulangi kejayaan muncul juara Liga Perdana pada tahun
2007.
Beliau juga akan menggunakan
segala pengalaman yang ada ketika bersama Perak dan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) bagi membantu menaikkan semula pasukan PDRM dalam arena bola sepak.
"Jangan sampai tidak jadi
johan, Dollah Salleh..siapa tidak kenal, dia berjaya bawa Pahang musim lalu
untuk menjuarai Piala Malaysia.
"Saya harap Dollah akan
bantu bawa kemenangan di Pahang kepada pasukan ini," katanya dalam majlis
pelancaran skuad PDRM semalam.
Ahmad Zahid berkata, terdapat
beberapa faktor yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan, antaranya kehilangan
pemain-pemain berkualiti kepada pasukan lain selain masalah emosi pemain
khususnya melibatkan perkara-perkara peribadi.
Beliau berkata, satu lagi
perkara yang perlu diberikan perhatian ialah mengenai isu pembayaran gaji,
elaun serta bonus pemain kerana itu merupakan perkara yang sangat sensitif
dalam kalangan pemain bola sepak.
"Kita tahu macam mana nak
jaga pemain, paling utama ialah kebajikan mereka. Saya berjanji mereka akan
mendapat gaji dan elaun tepat pada masanya selain bonus yang tidak perlu saya
huraikan di sini sekiranya jadi juara Liga Perdana.
"Berdasarkan pengalaman
sebelum ini, isu ini yang paling penting. Saya harap dengan penajaan yang
diperoleh isu berkaitan pembayaran gaji tidak timbul," katanya.
Dalam pada itu, beliau
menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemain, pegawai termasuk
jurulatih sekiranya didapati terlibat dengan kegiatan rasuah dan mengatur perlawanan.
"Jika saya terhidu
perbuatan seperti ini, saya tahu apa nak buat dan tindakan yang akan diambil
itu sangat pedih. Kalau ada yang hilang jawatan jangan salahkan saya,"
katanya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140115/su_03/PDRM-buru-juara-Liga-Perdana#ixzz2qQyLlYjM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment