LAKHANPAL bergambar bersama
koleksi penselnya di India baru-baru ini.- Agensi
NEW DELHI - Ramai orang gemar
mengumpul setem, duit syiling atau rantai kunci tetapi berbeza dengan seorang
remaja di India yang menjadikan pensil sebagai koleksi peribadinya.
Remaja berkenaan, Tushar
Lakhanpal yang berasal dari sini memiliki lebih daripada 14,000 batang pensel
dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Tushar, 15, mengumpul pensel
tersebut dari 40 buah negara di seluruh dunia.
Dia percaya koleksinya itu
mampu untuk mencatat rekod dunia yang baharu. Lebih menarik, remaja lelaki
berkenaan turut menyimpan dua batang pensel yang pernah menjadi milik Ratu
Elizabeth II.
"Ibu bapa saya membeli set
dua batang pensel ini pada harga £400 (RM2,154). Pemerintah Britain berkenaan
pernah menggunakan pensil ini," kata Tushar.
"Saya juga memiliki pensel
berbau wangi, bertopi dan alat tulis berkenaan yang dihasilkan secara buatan
tangan," tambahnya.
Tushar bercita-cita mahu
memecahkan rekod dunia koleksi pensel paling banyak milik Emilio Arenas dari
Uruguay.
Arenas memiliki sebanayak
14,552 batang pensel dari 60 buah negara pada bulan Ogos 2011. Dia mula
mengumpul pensil sejak 60 tahun lalu bermula pada 1956. - Agensi
SUMBER KOSMO ONLINE 7.1.14
No comments:
Post a Comment