Cristiano Ronaldo
LISBON, Portugal - Cristiano
Ronaldo bakal menerima penghormatan tertinggi daripada Presiden Portugal.
Dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan oleh pejabat Presiden semalam, Ronaldo berhak mendapat
pengiktirafan kerana dia merupakan 'simbol Portugal di seluruh dunia,
menjadikan negara itu lebih dikenali di peringkat antarabangsa, selain menjadi
contoh ketabahan generasi muda'.
Bintang penyerang Real Madrid
dan ketua pasukan bola sepak Portugal itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia
FIFA 2008, malah menjadi calon utama untuk meraih anugerah tersebut sekali
lagi, tahun ini.
Dia yang dianggap ikon di
Portugal merupakan pemain ketiga paling banyak membuat penampilan bersama skuad
kebangsaan, iaitu 109 kali. Dia juga masih memegang rekod penjaring terbanyak
bersama bekas bintang negara itu, Pauleta iaitu 47 gol.
Ronaldo akan mengetuai Portugal
dalam misi memburu Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil dari 12 Jun hingga
13 Julai ini.
Dia bakal menerima pingat dan
reben Order of Prince Henry dalam satu upacara rasmi di kediaman Presiden di
Lisbon, Selasa ini. - AGENSI
sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140104/sl_01/Ronaldo-bakal-terima-penghormatan-tertinggi#ixzz2pR3tOz1o
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment