Lalapan Ayam
Assalamualaikum dan salam satu
Malaysia. Ulam-ulaman lazimnya kurang mendapat sambutan apabila ia dihidangkan
di meja makan.
Ini kerana ramai antara kita
yang tidak menyukai rasanya yang pahit dan tidak enak.
Ia selalunya dimakan mentah dan
ada yang mencelur ulam-ulaman bagi mengurangkan rasa pahit dan dinikmati
sebagai sayur-sayuran.
Namun tahukah anda bahawa
ulam-ulaman mempunyai 1,001 khasiat. Saya sendiri suka menikmati ulam dan
sering mengamalkannya sebagai satu rahsia untuk awet muda dan mengekalkan
kesihatan dalaman.
Kadang-kadang ada teman yang
hairan dan geleng kepala bila melihat saya boleh ratah dan makan ulam begitu
sahaja sampai sepiring penuh boleh dihabiskan. Segan pula rasanya tapi kerana
khasiatnya semua itu saya tolak ke tepi.
Kini banyak kajian tentang
kahsiat ulam-ulaman terhadap kesihatan manusia telah dilakukan dan memang
terbukti ia makanan yang menyihatkan.
Pada minggu ini saya ingin
bercerita tentang sejenis ulam yang dinamakan daun selasih. Saya tertarik untuk
berkongsi selepas saya menikmati sejenis makanan ini ketika beberapa kali
mengunjungi negara seberang, Indonesia yang dikenali sebagai lalapan.
Lalapan ini adalah nasi bersama
lauk seperti ikan atau ayam goreng, sambal dan sup. Antara ulam yang disertakan
sekali adalah hirisan timun, tomato, kobis dan daun selasih.
Daun selasih atau nama lainya
adalah kemangi, merupakan ulam yang sangat berkhasiat.
Ia biasanya dimakan mentah.
Daun ini juga ada digunakan sebagai penyedap makanan dalam lauk bagi
membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Antara khasiat daun ini adalah
jika dimakan secara mentah anda boleh mengelak penyakit sembelit. Jadi ini
sangat bagus untuk sistem pencernaan.
Daun selasih atau kemangi juga
mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi daripada segi perubatan.
Antara nilai khasiat dalam ulam
ini mengandungi antiseptik dan ia digunakan sebagai analgesic (ubat tahan
sakit).
Daun ini juga dapat menolong
untuk memperkuatkan hati. Selain itu, ia mengurangkan ketegangan dan tekanan.
Banyak sebenarnya khasiat daun selasih.
Kali ini saya akan berkongsi
dengan anda menu lalapan ayam. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat
tahun baharu kepada semua pembaca yang saya sayangi dan terima kasih kepada
anda yang terus menyokong dan membaca ruangan ini. Selamat mencuba.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140103/ke_03/Rahsia-daun-selasih#ixzz2pQyeloCa
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment