KARO, Sumatera 4 Jan. -
Kerajaan Indonesia terpaksa memindahkan lebih 20,000 penduduk di sekitar Gunung
Sinabung dekat sini selepas gunung berapi yang aktif sejak beberapa bulan lalu
itu mula meletuskan abu gunung berapi sebanyak 30 kali hari ini.
Gunung yang terletak di
bahagian selatan pulau ini itu telah menghasilkan aliran lava di zon pemindahan
dan juga menyebabkan berlaku awan volkano setinggi 4,000 meter, kata jurucakap
Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.
"Lava yang panas keluar
dari gunung berapi itu sebanyak 60 kali setakat ini, mencecah sehingga lima
kilometer di bahagian tenggara kawah. Limpahan lava hari ini merupakan yang
terbesar berlaku," katanya.
Pihak berkuasa telah
memberitahu penduduk di dalam lingkungan lima kilometer kawasan gunung itu agar
berpindah segera dan berkemungkinan akan meluaskan lagi zon kawasan pemindahan.
- AFP
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140104/lu_11/Gunung-Sinabung-meletus-30-kali-20000-penduduk-pindah#ixzz2pQqSipNK
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment