Johor Bahru: Dua gol yang
diledak Safee Sali ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Melaka United 4-1
dalam perlawanan persahabatan malam kelmarin menarik perhatian Cesar Ferrando
Jiminez yang percaya penyerang kebangsaan itu sudah menemui semula sentuhan
penyudah.
Pengendali dari Sepanyol itu
jelas gembira dengan corak permainan Safee yang masuk sebagai pemain gantian
pada babak kedua dan menyumbat dua gol selepas Pablo Aimar serta Luciano
Figueroa mencipta jaringan di babak pertama.
“Kelicikan Safee memperdayakan
benteng pertahanan lawan cukup menarik dan saya percaya ia akan memberi
keyakinan kepada dirinya untuk kembali muncul selaku penyerang disegani.
Jangan harap Aimar
“Musim lalu, saya lihat Safee
bergelut untuk mendapatkan sentuhan penyudah namun semuanya sudah berubah pada
perlawanan tadi (malam kelmarin) apabila dia begitu komited walaupun beraksi
hanya di babak kedua tetapi sudah memperagakan peningkatan memberangsangkan,”
katanya.
Berita Harian online 6.1.14
No comments:
Post a Comment