Ad

Tuesday, 7 January 2014

Dua faktor Andik pilih Selangor

Dua faktor Andik pilih Selangor
Andik Vermansyah (kiri) ketika sesi latihan bersama Selangor di Padang Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, semalam.
Kuala Lumpur: Kegemilangan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia antara faktor yang mempengaruhi keputusan Andik Vermansyah untuk menyertai Liga Malaysia bersama pasukan Selangor.

Pemain tengah 23 tahun yang diberi jolokan ‘Messi Indonesia’ itu berkata, mutu bola sepak Malaysia semakin baik dari tahun ke tahun dan dia merasakan Selangor mampu meningkatkan kualiti permainannya.


“Saya memang menunggu-nunggu tawaran dari Selangor, walaupun ada dua pasukan lain di Malaysia yang membuat tawaran, saya tangguhkan sehingga mendapat tawaran Selangor,” kata Andik yang mensasarkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan bersama Selangor musim ini.

“Walaupun saya tahu persaingan sengit untuk kesebelasan utama, tetapi saya akan cuba mempamerkan prestasi terbaik saya. Terpulang kepada jurulatih untuk memutuskannya. Tetapi sudah tentu saya mengidamkan skuad utama.”
Berita Harian online 7.1.14





No comments:

Post a Comment