Ad

Tuesday, 7 January 2014

Saya bukan Shakir: Amar

Saya bukan Shakir: Amar
Amar Rohidan (kanan) bimbang jika penyokong Kelantan terlalu meletak harapan tinggi ke atasnya.
Kota Bharu: “Jangan samakan saya dengan Shakir Saari.” Demikian permintaan Mohd Amar Rohidan kepada penyokong Kelantan yang sudah tentu meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk mengisi kekosongan posisi Shakir yang berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bukan rahsia perpindahan


Shakir ke JDT itu membimbangkan penyokong TRW kerana gandingannya bersama kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya menjadi nadi kepada jentera tengah pasukan dengan hantaran dan gerakan kemas bagi merobek gawang lawan.

“Setiap pemain mempunyai kelebihan dan cara permainan tersendiri. Saya tidak mahu penyokong terlalu mengharapkan saya bermain seperti Shakir kerana sudah pasti cara permainan kami mempunyai perbezaan.

Shawky pencabar utama

“Apa yang penting adalah membantu pasukan memburu kejuaraan dan membalas kepercayaan semua pihak termasuk KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan seluruh penyokong,” katanya semalam.

Bekas pemain FELDA United itu bagaimanapun mengakui sudah memahami corak permainan TRW termasuk Piya selepas mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan dan latihan bersama pasukan bimbingan Steve Darby.
“Selepas menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan, saya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan pemain TRW yang lain khususnya pemain senior termasuk Piya.

“Bagaimanapun, saya akui terpaksa bersaing bagi merebut tempat dengan pemain lain termasuk bintang import, Mohamed Shawky yang dilihat sebagai pencabar utama.

“Namun, dengan usaha dan semangat yang tinggi untuk membantu pasukan, tidak mustahil untuk saya menambat hati Darby dan diletakkan sebagai pemain utama TRW,” katanya yang baru menyertai TRW musim ini.
Berita Harian online 7.1.14





No comments:

Post a Comment