Ad

Friday, 10 January 2014

Sime Darby sasar enam terbaik

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
11 Januari 2014
Sime Darby
Sime Darby Barisan pemain yang akan membawa cabaran The Giant Killers dalam saingan Liga-M 2014.
PENDATANG baharu Liga Super 2014, Sime Darby FC meletakkan sasaran awal untuk berada dalam kelompok enam terbaik bagi saingan yang akan membuka tirai 18 Januari ini.

Pengendalinya, Ismail Zakaria berkata, berada dalam kelompok enam terbaik dianggap sesuai memandangkan  pasukannya akan bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman musim ini.

“Bagaimanapun, itu cuma sasaran awal. Memandangkan kita pasukan baharu, kita akan lihat perlawanan ke perlawanan dahulu.

“Tapi Insya-ALLAH, dengan komitmen tinggi yang akan dipamerkan pemain nanti, saya rasa akan ada perubahan dan mungkin akan berada dalam kedudukan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita
dalam majlis memperkenalkan pemain Sime Darby 2014 di Bukit Kiara, semalam.

Dalam pada itu,  Ismail turut meletakkan harapan tinggi kepada anak buahnya memberi saingan hebat dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

“Berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan, barisan pemain menunjukkan kesungguhan mereka beraksi dalam setiap perlawanan. Inilah yang menjadi keutamaan pasukan.

“Kita dapat lihat keserasian antara pemain lama dan baharu semakin ketara dari semasa ke semasa.

“Malah pemain import baharu kita cepat serasi dengan corak permainan pasukan dan kita percaya barisan pemain ini mampu menjulang Sime Darby ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sime Darby yang juga dikenali Pembunuh Gergasi tampil dengan hampir 80 peratus pemain muda dan beberapa pemain sedia ada selain mempertaruhkan pemain import mereka, Dilshod
Sharofetdinov (Uzbekistan), William Mensah (Ghana)  di bahagian pertahanan, Mahmoud Al Amna (Iraq) tengah, dan Wisdom Agblexo (Ghana) selaku penggempur.

Sime Darby akan turun dalam perlawanan sulung Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 18 Januari ini.

SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 11.1.14

No comments:

Post a Comment