Oleh Mohd Hilmie Hussin
Jasin: Seorang ahli perniagaan
Noor Jan Tuah, 56, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka diberkas polis di sini,
pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa
majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran tidak diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan
dilakukan di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, jam 10.50 pagi.
“Tangkapan dibuat di bawah
Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis Melaka menerima lapan laporan
dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dan
gusar dengan tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.
“Penduduk Melaka curiga
mengenai kebenaran terutama selepas apa yang tersebar di media elektronik
seperti You Tube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka,”
katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, di sini,
semalam.
NOOR Jan ditahan polis,
semalam.
Beliau berkata, ketika
tangkapan dibuat Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu dipercayai untuk menaiki
feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan meraih sokongan dan
penyembelihan kambing.
No comments:
Post a Comment