Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: Selepas berjaya
membentuk pasukan yang 90 peratus baru, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
kini semakin selesa apabila menerima tajaan lebih RM8 juta bagi menampung
perbelanjaan pasukan itu sehingga tamat musim Liga M 2014.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar
Musa berkata, jumlah tajaan itu turut dipengaruhi peningkatan kos perbelanjaan
pasukan yang meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu.
Katanya, sebanyak sembilan
syarikat menaja gergasi Pantai Timur itu dan jumlah tajaaan itu bergantung kepada
keperluan perbelanjaan pasukan untuk sepanjang musim 2014.
“Bagi tajaan musim ini saya
anggarkan jumlah tajaan melalui bajet perbelanjaan yang dilakukan dan saya
percaya kita memerlukan kewangan tidak kurang daripada RM8 juta untuk
menguruskan pasukan termasuk gaji dan insentif pemain.
PEMAIN Kelantan menggayakan
jersi baru.
“Perbelanjaan musim ini
meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu kerana kita memiliki lebih ramai
pemain import selain beberapa persediaan lain untuk membentuk semula pasukan
selepas ramai pemain lama berhijrah,” katanya selepas majlis pelancaran jersi
baru The Red Warriors (TRW) 2014 semalam.
Antara penaja utama TRW musim
ini adalah Maxis Berhad menerusi Hotlink dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
(ADABI) selain beberapa penaja lain seperti Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO)
yang dikekalkan dan UniKL sebagai penaja baru.
Dalam perkembangan lain, Annuar
memberi amaran peniaga yang menjual jersi tiruan akan dikenakan tindakan
daripada pihak berkuasa.
Katanya, ada kebocoran reka
bentuk jersi sebelum ia dilancarkan namun menasihatkan penyokong supaya membeli
jersi yang asli.
“KAFA tidak akan
bertanggungjawab keatas peniaga yang ditahan kerana menjual jersi tiruan dan
kepada yang mahu menjadi ejen jualan jersi, mereka boleh berhubung dengan
pengurusan KAFA.
“Walaupun reka bentuk jersi
kita sudah bocor namun ia tidak sama dengan yang asli kerana jersi yang asli
ditenun khas dan menggunakan bahan lebih berkualiti berbanding jersi musim
lalu,” katanya.
SUMBER:Artikel ini disiarkan
pada : 2014/01/15 MYMETRO ONLINE
No comments:
Post a Comment