Toure terbaik benua Afrika
Toure (dua dari kiri) bersama
trofi selepas menerima anugerah Pemain Terbaik Afrika, di Lagos, kelmarin.
Lagos: Pemain tengah Ivory
Coast, Yaya Toure meraih gelaran Pemain Terbaik Afrika buat kali ketiga
berturut-turut kelmarin sebagai pelengkap kepada minggu penuh bermakna
kepadanya.
Pemain Manchester City itu
mengatasi John Obi Mikel dari Nigeria dan rakan senegara, Didier Drogba untuk
merakam hatrik bagi anugerah berprestij itu, sekali gus menyamai pencapaian
Abedi Pele dan Samuel Eto’o.
Hanya 24 jam selepas dia meluru
dari tengah padang untuk meledak gol ketika City membelasah West Ham United 6-0
pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga, Toure diraikan oleh warga
bola sepak Afrika dalam satu majlis penuh gemilang di Lagos.
“Saya sangat bangga dan gembira
menjadi pemenang hari ini (kelmarin),” kata Toure yang berpakaian tradisi
Nigeria. “Saya ucapkan tahniah kepada saudara saya Obi Mikel yang juga berhak
mendapat anugerah ini.
Undian tertinggi
“Anugerah ini cukup bermakna
buat mereka yang membantu saya sepanjang kerjaya dan mereka yang menyokong saya
untuk sekian lama.” Toure mendapat undian tertinggi daripada jurulatih pasukan
negara-negara Afrika, manakala Mikel kedua dan Drogba ketiga.
Pemilihan Toure dibuat
berdasarkan peranannya membantu Ivory Coast layak ke Piala Dunia Brazil dan di
peringkat kelab - aksi konsisten dipamerkannya ketika menyarung jersi
Manchester City.
Sebelum Toure, Abedi Pele dari
Ghana turut mencatat hatrik dari 1991 dan Eto’o dari Cameroon pemain kedua
melakukannya bermula 2003 sebelum meraih gelaran keempatnya pada 2010. -
REUTERS
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
11.1.14
No comments:
Post a Comment