Ad

Saturday 11 January 2014

Frenz idam juara FIC 2014

2014/01/11 - 03:01:36 AM Oleh Mohd Khairie Khalid Cetak Emel Kawan
 
Klang: Frenz United Malaysia meletakkan sasaran untuk muncul juara Piala Antarabangsa Frenz (FIC) 2014 yang akan berlangsung di tiga lokasi berasingan di negara ini, bermula hari ini sehingga 26 Januari.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Junid Mohd Noor berkata ini bersandarkan kepada kedudukan pasukan itu yang kini diperkuatkan dengan gabungan pemain pasukan kebangsaan bawah 16 tahun dan skuad Frenz United Malaysia.


“Selain gabungan pemain, pasukan ini turut mendapat bimbingan jurulatih berpengalaman, S Balachandran,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Promosi pembangunan

FIC adalah pertandingan yang dianjurkan Frenz United FC bagi tujuan mempromosikan pembangunan berterusan atlet muda.

Bagi kejohanan membabitkan pemain berusia 16 tahun ke bawah yang dianjurkan di tiga lokasi ini, Frenz United FC berganding bahu dengan Akademi Bola sepak Frenz United dan Persatuan Bola Sepak Malaysia menganjurkannya.

Lokasi pertandingan bagi piala ini adalah Stadium Frenz Janda Baik, Pahang; Stadium Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Stadium Selayang, Selangor. Dalam pertandingan edisi kedua ini, sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian.
Skuad Frenz United Malaysia diletakkan Kumpulan A bersama kelab dari Brazil, China, Korea, Turki dan Slovakia, manakala Kumpulan B membabitkan Indonesia, Iran, Nigeria, Jerman, Thailand dan Portugal.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 11.1.14

No comments:

Post a Comment