Ad

Saturday 11 January 2014

Tunisia pintas FAM?

Tunisia pintas FAM?
Philippe Omar Troussier
Badan induk itu kini terpaksa bersaing dengan negara ranking 48 dunia untuk dapatkan khidmat Troussier

Kuala Lumpur: Philippe Omar Troussier yang kini semakin hampir dilantik sebagai jurulatih baru Tunisia, mengundang persoalan sama ada masih menjadi pilihan utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pengendali Harimau Malaya.


Troussier, 59, yang berasal dari Perancis dianggap calon pilihan berdasarkan reputasi hebatnya ketika membimbing skuad kebangsaan Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Qatar dan Jepun, selain membimbing pasukan kelab seperti Marseille, FC Ryukyu dan Shenzen Ruby.

Setakat ini FAM sudah mengadakan dua perjumpaan dengan pengendali berkenaan iaitu di China dan terbaru di London dalam menyelesaikan beberapa perkara sebelum pengumuman sebagai jurulatih kebangsaan dibuat.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 11.1.14

No comments:

Post a Comment