2014/01/11 - 02:48:26 AM Oleh
Khairil S Iswan Cetak Emel Kawan
V Shem-Khim Wah gagal iringi kemaraan Chong Wei
Chong Wei mudah tewaskan Pengyu
dalam permainan dua set, 21-9 21-12 pada peringkat suku akhir, semalam.
Kuala Lumpur: Ketika jaguh
perseorangan, Datuk Lee Chong Wei mencatat kemenangan mudah, harapan beregu
negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah untuk membuat kejutan di Terbuka Korea,
semalam, tidak kesampaian.
Dalam perlawanan di Seoul itu,
Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat kejohanan sama tidak bermasalah
menewaskan pemain China, Du Pengyu dalam permainan dua set, 21-9 21-12 pada
peringkat suku akhir yang hanya mengambil masa 35 minit.
Mengulas kejayaan anak didiknya
yang juga pemain nombor satu dunia itu, ketua jurulatih negara, Rashid Sidek
menyifatkan ia sebagai perlawanan mudah.
Matikan permainan
“Pada hari ini (semalam), lawan
Chong Wei itu tidak dapat untuk bermain secara rali dan sukar untuknya
mematikan permainan kerana dia lebih pantas.
“Begitupun, semuanya berbeza
esok (hari ini) kerana dia berdepan Kenichi Tago. Saya perlu memastikan Chong
Wei lebih fokus dan berwaspada. Apa yang penting, dia perlu menampilkan
permainan terbaiknya dan jika berjaya, saya yakin peluangnya untuk mara ke final
cerah,” katanya.
Dalam pada itu, beregu pilihan
utama dari Denmark, Mathias Boe dan Carsten Mogensen jelas terlalu kuat buat V
Shem/Khim Wah, yang tewas dengan keputusan 21-10 21-9 dalam masa 31 minit.
Di separuh akhir hari ini,
Chong Wei yang memiliki rekod kemenangan 14-1 berdepan Tago, dijangka tidak
berdepan masalah menundukkan pemain Jepun itu, sebelum menempah tempat ke final
yang kemungkinan menemukan dia dengan jaguh China, Chen Long.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
11.1.14
No comments:
Post a Comment