Ad

Saturday 11 January 2014

Mansuh permohonan visa

 KL, Ankara   meterai FTA April
Najib juga berkata, Malaysia dan Turki bersetuju memansuhkan permohonan visa antara kedua-dua negara dan draf perjanjian mengenainya sudah pun dihantar.

Beliau berkata, Erdogan juga menyatakan hasrat supaya Turkish Airlines melakukan penerbangan ke negara ini setiap hari dalam jangka masa terdekat, berbanding empat kali seminggu ketika ini.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Erdogan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini. Ketibaan beliau dan isteri, Emine Erdogan kira-kira jam 10.45 pagi, disambut Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; menteri Kabinet, duta serta pegawai kanan kerajaan.

Erdogan turut memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada 106 anggota dan pegawai dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja. Najib dan Erdogan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra bersama kira-kira 7,000 jemaah lain.

Sementara itu, Rosmah meraikan Emine Erdogan pada majlis makan tengah hari di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini. Sebaik tiba di kompleks itu, Emine Erdogan diiringi Rosmah, dibawa melawat hasil seni kraftangan Malaysia.

Dalam lawatan hampir dua jam itu, pertunjukan fesyen Muslimah yang dihasilkan daripada batik dan songket turut dipersembahkan. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Emine Erdogan turut melawat Pusat Permatapintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan diiringi Rosmah yang juga penaung program berkenaan dan meluangkan masa kira-kira sejam melawat pusat itu. Turut serta anak perempuan beliau, Sumeyye Erdogan dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 11.1.14

No comments:

Post a Comment