Ad

Saturday, 25 January 2014

Varian baharu Satria, Inspira dilancar

Varian baharu Satria, Inspira dilancar
Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
 
LUKMAN (kiri) menunjukkan tanda bagus di samping varian baharu Proton Satria Neo Standard 4AT dan Proton Inspira Super Premium di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

BUKIT MERTAJAM - Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan varian baharu dua model keluarannya iaitu, Proton Satria Neo Standard 4AT dan Proton Inspira Super Premium sempena Karnival Jualan Proton di Juru Auto-City di sini semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, pelancaran dua varian berkenaan bagi memenuhi kehendak golongan sasar dengan penambahan ciri-ciri R3 (Race Rally Research).

Menurut beliau, Satria Neo Standard 4AT menawarkan ciri-ciri seperti Satria Neo R3 pada tawaran harga yang jauh lebih rendah iaitu RM54,513.50 (solid) dan RM54.963.50 (metalik).

KOSMO ONLINE 25.1.14

No comments:

Post a Comment