12 Disember 2014
Prof Emeratus Tan Sri Khoo Kay Kim
PEMAIN skuad Harimau Malaya perlu
berfikir di luar kotak dan mencari taktik baharu yang lebih tajam dan kreatif
bagi mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negara.
Pengkritik sukan tanah air,
Prof Emeritus, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim hari ini berkata, sukan bola sepak kini
memerlukan aksi tangkas dan rentak permainan yang sukar dibaca pihak lawan.
Mengulas kejayaan skuad negara
itu melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014, katanya, skuad bimbingan Dollah
Salleh itu diminta supaya tidak terlalu yakin apabila berdepan dengan Thailand.
Bagaimanapun, kejayaan skuad
negara melangkah ke final adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia, katanya
ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.
Malaysia akan menentang
Thailand pada 17 dan 20 Disember ini dalam format timbal balik dan ini adalah
final ketiga untuk skuad Harimau Malaya selepas layak ke final pada 1996 dan
muncul juara pada 2010.
"Kemenangan ini satu
peluang bagi kita. Semarakkan semangat dan ambil aura sokongan padu seluruh
rakyat negara ini untuk terus berjuang, main lebih bersemangat hingga Malaysia
muncul juara," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan
di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof
Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, skuad Harimau Malaya kini dilihat
berjuang bersungguh-sungguh hingga ke wisel penamat.
Beliau berkata, mutu bola sepak
negara juga sebenarnya mula meningkat, namun memerlukan taktik dan teknik yang
lebih tangkas untuk berdaya saing di peringkat lebih tinggi. – Bernama SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 12 Disember 2014
No comments:
Post a Comment