Ad

Saturday, 13 December 2014

Dollah mahu Harimau Malaya kekal momentum



12 Disember 2014
 Dollah Salleh (kiri) ketika tiba dari Vietnam selepas berakhir separuh akhir kedua menentang pasukan Vietnam pada piala AFF Suzuki 2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Foto Bernama
    Dollah Salleh (kiri) ketika tiba dari Vietnam selepas berakhir separuh akhir kedua menentang pasukan Vietnam pada piala AFF Suzuki 2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Foto Bernama          Dollah Salleh (kiri) ketika tiba dari Vietnam selepas berakhir separuh akhir kedua menentang pasukan Vietnam pada piala AFF Suzuki 2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Foto Bernama

JURULATIH pasukan bola sepak kebangsaan Dollah Salleh mahu skuad Harimau Malaya terus mengekalkan momentum persefahaman dan komitmen tinggi pada aksi final Piala Suzuki AFF 2014 menentang Thailand pada 17 dan 20 Disember ini.

Malaysia akan bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi sekali gus melayakkan diri ke aksi final dengan kemenangan agregat 5-4.

Dollah berkata, Harimau Malaya telah menunjukkan satu mutu permainan yang berbeza dan cukup baik pada saingan separuh akhir kedua menentang Vietnam, malam semalam.

"Sejujurnya, saya memang tidak menyangka skuad Harimau Malaya berjaya tampilkan satu corak permainan yang kemas dan bermain dengan begitu baik pada separuh masa pertama.

"Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain yang telah menunaikan janji mereka kepada peminat bola sepak tanah air. Mereka telah buktikan keupayaan sebenar mereka," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang hari ini.

Ditanya mengenai barisan kesebelasan utama skuad yang bakal turut serta pada perlawanan final pertama di Thailand pada 17 Disember ini, Dollah berkata beliau tidak pasti lagi dengan strategi yang bakal digunakannya.

Dollah berkata, berdasarkan kepada pemerhatiannya, pemain senior seperti Mohd Badri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan dan Safiq Rahim masih lagi berbisa dan menyumbang kepada kemenangan menentang Vietnam, malam tadi.

Beliau berkata, Mohd Badri ataupun lebih dikenali sebagai Piya, pertama kali diserap dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Piala Suzuki AFF 2014 menunjukkan satu kesungguhan dan semangat berpasukan yang baik.

"Saya memang sentiasa membuat pertukaran pemain, kebetulan saya mahu cuba Piya. Ternyata ia berhasil dan itu adalah satu keputusan yang tepat. Piya, Safiq dan Indra berada di tengah dan mereka telah bermain dengan baik," katanya. – Bernama
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE  12.12.14

No comments:

Post a Comment