Ad

Thursday, 11 December 2014

Malaysia layak ke final Piala AFF



11 Disember 2014 9:02 PM
 PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Shukor Adan meraikan kejayaannya
PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Shukor Adan meraikan kejayaannya

PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Shukor Adan meraikan kejayaannya menjaringkan gol keempat pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Vietnam, di Stadium Nasional My Dinh, malam ini. - Gambar UTUSAN/Abdul Razak Latif

HANOI 11 Dis - Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF untuk bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam 4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini dan seterusnya menang keseluruhan dengan agregat 5-4.

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim melalui sepakan penalti di minit ke-empat, manakala golf kedua dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-14.

Vietnam kemudiannya mendapat gol pertama mereka melalui sepakan penalti di minit ke-21.

Malaysia kemudiannya meneruskan asakan dan mendapat gol ketiga pada minit ke-28 melalui jaringan gol sendiri pemain Vietnam.

Kedudukan pasukan negara semakin selesa hingga perlawanan separuh masa pertama tamat apabila mendahului Vietnam 4-1 menerusi jaringan Muhammad Shukor Adan pada minit ke-42.

Dalam separuh masa kedua, Vietnam berjaya mendapat gol kedua mereka malam ini pada minit ke-78 dan kedudukan itu terikat sehingga perlawanan tamat. - UTUSAN ONLINE
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-layak-ke-final-piala-aff-1.35293#sthash.OkH2QYtg.dpuf

No comments:

Post a Comment