05 Disember 2014 12:52 AM
PETALING JAYA – Pemain tengah
Harimau Malaya, Safiq Rahim semakin bernafsu memburu jaringan buat pasukan
negara menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF menentang Vietnam
Ahad ini di Stadium Shah Alam.
PENYERANG skuad Harimau Malaya,
Norsahrul Idlan Talaha (kiri) diasak oleh pemain pertahanan Zubir Azmi semasa
menjalani sesi latihan di Petaling Jaya semalam dalam persediaan menentang
Vietnam Ahad ini.
Ditambah baru mendapat gelaran
Pemain Terbaik Mingguan Asia Tenggara oleh portal Goal.com, pemain Johor Darul
Ta’zim (JDT) itu berikrar untuk memastikan sentuhan magis yang ditunjukkan
ketika bertemu Thailand dan Singapura akan diteruskan momentumnya bagi
menggempur kubu Vietnam.
“Tiga hari selepas kami
berdepan Singapura, saya harap mampu mengekalkan kecergasan ini, tambahan saya
baru sahaja pulih daripada kecederaan. Saya berharap mampu memberikan lebih
daripada apa yang ditunjukkan sebelum ini.
“Saya memerlukan motivasi untuk
terus mempamerkan apa yang saya tunjukkan setakat ini, saya belum puas lagi
dengan apa yang diberikan...kalau boleh saya mahu mendapatkan jaringan lagi,”
katanya ketika ditemui semalam.
Safiq membuat gerakan solo
untuk membantu Harimau Malaya mendahului 2-1 ketika menentang Thailand di
peringkat Kumpulan B di Singapura.
Walaupun Malaysia akhirnya
tewas 3-2, namun jaringan Safiq itu dianggap yang terbaik dalam kempen Piala
AFF edisi ke-10 setakat ini apabila dia memperdayakan tiga pertahanan lawan
sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol Kawin Thammasatchanan.
Pemain tengah berusia 28 tahun
itu yang disebut-sebut bakal menggalas tugas selaku ketua pasukan Harimau
Malaya selepas penggantungan Shukor Adan telah menjaringkan dua gol setakat
ini.
Sementara itu, penyerang
Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha, berharap mereka telah belajar daripada
apa yang berlaku pada perlawanan persahabatan dengan Vietnam 16 November lepas.
“Kita mungkin boleh memenangi
perlawanan itu lebih awal jika memanfaatkan banyak peluang di separuh masa
pertama dan mendahului dengan kelebihan dua ke tiga jaringan,” katanya.
“Jika mendapat peluang, kami
tidak boleh sia-siakan supaya boleh mendapatkan kemenangan lebih awal dan
membunuh semangat lawan untuk bangkit,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-belum-puas-buru-gol-1.32671#sthash.FZHk0ixT.dpuf
No comments:
Post a Comment