BARRY (kiri) diterjah penjaga
gol PKNS pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
DUA jaringan menerusi penyerang
import baharu, Mamadou Hady Barry sudah cukup untuk membantu Terengganu
mengutip tiga mata penuh dalam aksi pembukaan Liga Super 2014 menentang PKNS FC
malam tadi, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.
Skuad kendalian Abdul Rahman
Ibrahim itu memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menang 2-1 di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Begitupun, pasukan kendalian
Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui tandukan
pemain pertahanan, Hamka Hamzah pada minit ke-17.
Pemain berasal dari Indonesia
ini memperoleh peluang terbaik untuk merobek gawang Terengganu apabila menerima
hantaran cantik daripada penyerang berbisa, Patrick Ronaldinho.
Bagaimanapun, jaringan yang
menyentap semangat kira-kira 12,000 penyokong tuan rumah itu tidak kekal lama.
Skuad Penyu yang tidak berputus
asa berjaya menyamakan kedudukan melalui sentuhan pemain import baharu, Barry.
Penyerang berasal dari Guinea
itu tidak mengambil masa lama menggegar gawang pasukan pelawat yang dikawal Md.
Remezey Che Ros pada minit ke-21.
Ketajaman penyudah Barry terus
menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke-66 melalui tandukan padu hasil
hantaran silang Mazlizam Mohamad.
KOSMO ONLINE 19.1.14
No comments:
Post a Comment