SEORANG bayi berjaya
dikeluarkan selepas penyelamat menggali tanah di celah runtuhan bangunan itu.
DAMSYIK - Sekumpulan lelaki
menggali runtuhan sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang bayi di Aleppo,
Syria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Rakaman bayi itu diselamatkan
dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Bayi lelaki itu tertimbus
selepas bangunan berkenaan runtuh akibat serangan udara tentera Presiden Bashar
Al-Assad.
Selepas beberapa minit menggali
dengan menggunakan tangan, bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh kumpulan
lelaki berkenaan.
Bayi itu didapati tidak
mengalami sebarang kecederaan.
Tentera Bashar bertempur dengan
sebahagian besar penduduk tempatan yang menentang pemerintahannya sejak Mac
2011.
Penduduk tempatan itu mahu
menggulingkan Bashar yang dianggap tidak membawa pembaharuan demokrasi di
Syria.
Lebih 100,000 orang dilaporkan
terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi
KOSMO ONLINE 25.1.14
No comments:
Post a Comment