HAZARD meraikan kejayaan
menjaringkan gol pertama Chelsea membantu Chelsea ketika menewaskan Hull City
2-0 di Stadium KC malam tadi.
LONDON - Eden Hazard menjadi
watak penting yang membantu Chelsea melonjak di kedudukan teratas Liga Perdana
England selepas menewaskan Hull City 2-0 malam tadi.
Pada aksi di Stadium KC,
jentera serangan skuad The Blues gagal menembusi gawang pasukan tuan rumah pada
babak pertama.
Bagaimanapun, kerja keras skuad
kendalian Jose Mourinho itu berbaloi apabila bintang Belgium, Eden Hazard
membuka tirai jaringan pada minit ke-56.
Tersentak dengan jaringan itu,
skuad bimbingan Steve Bruce kembali mengasak benteng pertahanan Chelsea tetapi
gagal menghadirkan detik cemas kepada penjaga gol skuad The Blues, Petr Cech.
Hull yang membelasah Fulham 6-0
pada perlawanan di gelanggang sendiri sebelum ini memperoleh peluang terbaik
untuk menembusi gawang Chelsea tetapi percubaan Yannick Sagbo tersasar.
Chelsea sekali lagi menghukum
kerapuhan benteng pertahanan Hull City yang terdesak untuk memburu jaringan
penyamaan menerusi Fernando Torres.
Penyerang Sepanyol itu berjaya
memanfaatkan hantaran Willian sebelum melepaskan rembatan kaki kiri bagi menewaskan
penjaga gol Hull City, Allan McGregor pada minit ke-87.
Jaringan itu merupakan gol
ke-200 Torres sepanjang menyertai kempen Liga Perdana England.
Skuad The Blues memimpin
seketika kedudukan teratas liga selepas pencabar terdekat, Arsenal dan Manchester
City masing-masing kekurangan satu perlawanan.
Selepas menewaskan Hull,
Chelsea bakal menanti kunjungan Manchester United di Stamford Brigde pada aksi
Liga Perdana England, 20 Januari depan. - Agensi
SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14
No comments:
Post a Comment