Ad

Wednesday, 15 January 2014

Irfan tekad lonjak FELDA

Kuala Lumpur: Jurulatih FELDA United FC, Irfan Bakti Abu Salim yakin dapat membawa pasukan Liga Perdana itu beraksi dalam kancah Liga Super pada 2015.

Pengendali berusia 62 tahun itu berkata, gandingan muka baru dan berpengalaman mampu menghadirkan kejayaan kepada skuad ‘The Settlers’ dalam saingan Liga Perdana musim ini, meskipun sedar saingan hebat daripada beberapa pasukan lain seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Darul Takzim II (DT II) dan Kedah.

“Rata-rata pemain kita adalah muka baru dan mereka tekad untuk mengembalikan maruah FELDA United FC iaitu kembali semula beraksi dalam saingan Liga Super pada 2015,” katanya selepas majlis pengenalan pasukan berkenaan untuk musim 2014 di Dewan Perdana FELDA, kelmarin.

Menyentuh mengenai persiapan pasukan berkenaan, Irfan Bakti yang mengendalikan Selangor muBsim lepas berkata, mereka telah mengadakan beberapa aksi persahabatan pramusim di Australia dan Singapura.

Pada masa sama, beliau turut berpuas hati corak persembahan yang dipamerkan tiga pemain importnya, Zah Rahan Krangar dan Edward Junior Wilson (Liberia) serta Yaroslav Krushelnitskiy dari Uzbekistan yang menepati kehendaknya dan pengurusan pasukan.

Ditanya mengenai pemilihan Mohd Shukor Adan selaku kapten pasukan Irfan berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman serta sifat kepimpinan berwibawa yang ada dalam bekas pemain pertahanan ATM itu.

“Saya yakin gandingan dia bersama penolong kapten, Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Shahrulnizam Mustapa (Perak) dan Mohammad Khairul Ismail (JDT II) mampu membimbing pemain muda lain,” katanya.


SUMBER:Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

No comments:

Post a Comment