saphilla.isa@kosmo.com.my
SYJ terdiri daripada (dari
kiri) Yassin, Jihan dan Syuk.
NAMA kumpulan lawak SYJ yang
terdiri daripada Syuk, Yassin dan Jihan, mula dikenali selepas mereka bergabung
untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2013.
Menariknya, gabungan pelawak
lama (Yassin) dan baharu (Syuk) serta ratu parodi (Jihan) itu dilihat serasi
dan semakin mencuri perhatian peminat. Malah, sehingga kini SYJ masih bertahan
dalam pertandingan tersebut, selain nama mereka mula menjadi sebutan ramai.
Salah seorang anggotanya iaitu
Syuk mengakui, pelawak lama iaitu Yassin merupakan tunjang utama kepada
kumpulan SYJ agar tidak tersasar daripada punchline lawak sebenar.
Ikuti perbualan lanjut Kosmo!
bersama Syuk, Jihan dan Yassin ketika ditemui baru-baru ini.
Kosmo!: Apa yang kalian peroleh
melalui gabungan pelawak SYJ?
SYUK: Saya dapat belajar banyak
perkara. Apa yang boleh keluar atau tidak ketika melawak. Kami memerlukan
pelawak yang lama seperti Yassin. Jadi, lawak kami tidak tersasar daripada
punchline lawak yang sepatutnya.
YASSIN: Pelawak kini mudah
diterima masyarakat. Gabungan ini juga memberi rezeki kepada pelawak lama
seperti saya muncul kembali.
Bagaimanakah SYJ mencipta
keserasian?
JIHAN: Keserasian itu
sebenarnya datang sendiri ketika kami melawak di atas pentas. Dulu, saya akui
ada ketikanya tidak faham dengan lawak yang cuba di sampaikan Yassin atau Syuk.
Namun sekarang, melalui gerak tubuh sahaja saya sudah tahu apa yang ingin
mereka sampaikan.
Y: Sejujurnya, kami ‘redah’
sahaja semasa ingin bergabung mula-mula dulu. Tidak sangka pula, ramai yang
cakap kombinasi kami bertiga bagus. Jadi, kami berhasrat untuk terus bertiga
selepas ini seperti kumpulan Jambu.
Apakah perasaan Yassin ketika
diajak bergabung oleh Syuk dan Jihan?
Y: Saya melawak secara spontan.
Memang saya akui orang mengenali lawak saya ketika bersama Senario dahulu.
Disebabkan itu saya perlukan pelawak-pelawak baharu seperti Syuk dan Jihan
untuk mencipta kelainan. Harapan saya semoga SYJ dapat memberi suatu kelainan
yang baharu kepada kumpulan-kumpulan lawak sedia ada.
Apakah kelebihan
pelawak-pelawak baharu pula?
S: Membuat lawak juga kita kena
perah otak betul-betul untuk beri orang ketawa. Kelebihan pada pelawak baharu
apabila mereka ada idea yang belum diterokai. Disebabkan itu, SYJ dikatakan
kombinasi yang bagus kerana ada pelawak baharu dan lama.
Syuk sering keluar dengan lawak
lucah ketika bersama kumpulan Balas dahulu. Bagaimana dengan SYJ pula?
S: Saya sebenarnya sudah angkat
sumpah untuk tidak mengeluarkan lawak lucah lagi. Memang saya akui ramai yang
tidak suka. Alhamdulillah, dalam SYJ saya banyak belajar dengan Yassin dan
Jihan untuk lebih berhati-hati ketika melawak di atas pentas.
Apakah perasaan kalian apabila
peminat menerima SYJ?
Y: Kami bersyukur kerana mampu
membuat penonton ketawa. Kami berjanji untuk beri yang terbaik dalam setiap
persembahan sama ada menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 yang
menyaksikan kami masih bertahan lagi atau dalam mana-mana persembahan pentas.
SUMBER: KOSMO OLINE 10.1.14
No comments:
Post a Comment