Ad

Saturday, 25 January 2014

Permulaan bergaya buat Nicol

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David memulakan musim 2014 dengan langkah kanan apabila menjuarai Kejohanan Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat.

Pada final yang berlangsung di Grand Central Terminal itu awal pagi semalam, pemain No.1 dunia itu menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan pemain No. 2 dua dunia, Laura Massaro dari England 11-4, 13-11 dan 11-8 dalam masa 45 minit.

Nicol, 30, yang merupakan juara dunia tujuh kali berkata, beliau gembira untuk merangkul kejuaraan tersebut walaupun terpaksa berjuang untuk mencari rentak pada set pembukaan.

"Pada set kedua, saya mengingatkan diri untuk teruskan memberi saingan sehingga ke akhir perlawanan," kata Nicol dalam laman web rasmi kejohanan itu semalam.

Sementara itu, pada final kategori lelaki, pemain Mesir, Amr Shabana yang juga pilihan ketujuh, merangkul gelaran juara apabila mengejutkan pemain No. 2 dunia, Gregory Gaultier dari Perancis 11-8, 11-3 dan 11-4 dalam pertarungan selama 42 minit. - Bernama

KOSMO ONLINE 26.1.14

No comments:

Post a Comment