LONDON - Pengurus Arsenal,
Arsene Wenger percaya persembahan cemerlang Lukas Podolski dan Alex
Oxlade-Chamberlain dalam aksi Piala FA memberikan petunjuk bahawa pasukannya
mampu menamatkan kemarau trofi pada musim ini.
Podolski menjaringkan dua gol
ketika membantu The Gunners menewaskan Coventry City 4-0 pada aksi pusingan
keempat Piala FA, awal pagi semalam.
Selain itu, kelibat
Oxlade-Chamberlain juga mencuri tumpuan apabila berjaya mengemudi barisan
tengah Arsenal dengan cemerlang sejak pulih dari kecederaan lutut pada awal
musim ini.
Apa yang pasti, sentuhan
Podolski benar-benar menggembirakan Wenger yang kini berdepan dengan krisis
ketiadaan penyerang.
Sebelum ini, Wenger mengakui
berhajat untuk membeli penyerang baharu pada jendela perpindahan pemain yang
bakal tamat akhir bulan ini.
"Apabila kamu memiliki
peluang, Podolski boleh menjaringkan gol tersebut. Dia benar-benar seorang
penyerang yang cukup hebat.
"Saya harus puji Podolski
kerana dia tidak mengambil masa lama untuk mempamerkan prestasi hebat sebaik
pulih dari masalah kecederaan.
"Tidak kira tampil sebagai
pemain utama mahupun simpanan, dia tetap berjaya menjaringkan gol dan ini
membuktikan Podolski seorang penyerang yang merbahaya," kata Wenger.
Selain itu, persembahan positif
Oxlade-Chamberlain tidak terlepas pandang oleh Wenger apabila beliau
membayangkan pemain itu memiliki potensi besar untuk digandingkan bersama
perancang The Gunners, Jack Wilshere.
"Sejujurnya, saya amat
gembira dengan persembahan Oxlade-Chamberlain pada bahagian tengah terutama
ketika kami menguasai bola.
"Bukan sahaja menyerang,
Oxlade-Chamberlain juga bagus bertahan dan saya gembira dengan kepulangannya
bersama Arsenal," katanya. - AFP
KOSMO ONLINE 26.1.14
No comments:
Post a Comment