MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
16 Januari 2014
Piya tuntut semangat berpasukan
Piya menyarung jersi baharu Kelantan bagi kempen Liga-M 2014. Foto Sinar Harian
Khiru Shaleh Abdullah
SEMANGAT berpasukan menjadi
rencah utama The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M)
yang membuka tirainya malam esok setelah pasukan tersebut berdepan penghijrahan
lebih separuh pemain tonggak pada musim lalu.
Ketua Pasukan Kelantan, Mohd
Badhri Radzi menuntut semangat itu
daripada sepasukannya sebaik sahaja tirai Liga-M disingkap bermula
dengan pertemuan sulung menentang Sime Darby FC di Kota Bharu, pada Sabtu ini.
“Saya masih percaya dengan
kekuatan yang ada pada pasukan ini. Sebelum ini ramai penyokong sangsi setelah
hanya tinggal 12 pemain lama kekal bersama pasukan ini tetapi saya sentiasa
berpandangan positif mengenai perkara ini.
“Jika kami dapat bermain dengan
semangat satu pasukan, Insya ALLAH kemenangan akan memihak Kelantan. Dalam bola
sepak, faktor ini memainkan peranan penting dan saya mahu pasukan ini kekal
beraksi dengan cara seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian di Majlis
Pelancaran Jersi TRW 2014, di Perdana Resort, kelmarin.
Mengulas pertemuan menentang
Sime Daby FC, Mohd Badhri atau dikenali Piya mengharapkan kemenangan memihak
pasukannya pada aksi sulung di gelanggang keramat mereka biar pun tidak banyak
diketahui mengenai kekuatan dimiliki naib juara Liga Premier musim lalu
itu.
“Ini adalah perlawanan pertama
dan sudah pasti kedua-dua pasukan mahukan kemenangan. Sebagai tuan rumah,
Kelantan juga hendak menang kerana tiga mata ini bakal menentukan hala tuju
pasukan ini dalam saingan liga selepas ini,” katanya.
Menurut pemain mendapat jolokan
‘Kapten Marvel’ itu, prestasi hambar pasukannya pada awal saingan liga musim
lalu memberi pengajaran dan beliau tidak mahu perkara tersebut berulang .
Dalam pada itu, jeneral padang
berusia 32 tahun itu mengharapkan jersi baharu TRW yang direka bentuk semula
memberi tuah kepada Kelantan bagi merealisasikan misi meraih
sekurang-sekurangnya satu kejuaraan pada saingan Liga-M musim ini.
“Bagi saya, sasaran ini
merupakan satu cabaran dilontarkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa), Tan Sri Annuar Musa kepada pasukan ini. Jika kami mahu mencapai sasaran
itu, kami perlu berusaha lebih keras kerana tidak ada sesuatu yang mustahil
dalam bola sepak.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 16.1.14
No comments:
Post a Comment