Ad

Thursday, 16 January 2014

SELANGOR JUARA PIALA FA 1991

oleh Ahmad Yaakob SMKJ2
Selangor muncul sebagai juara Piala FA selepas menundukkan Perak 1-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Merdeka pada 9 Oktober 1991. Gol jaringan Ismail Ibrahim dalam minit ke-76 sekali gus melumpuhkan impian Perak untuk merangkul kejuaraan  buat kali kedua berturut-turut. Saya mengikuti siaran langsung perlawanan ini di TV3 ketika tinggal di Kampung Ketapang Tengah Pekan dan ketika  itu masih mengajar di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan. Pemain terkenal ketika itu ialah pemain kebangsaan seperti Ismail Ibrahim, P.Maniam, Azizol Abu Hanifah,P Ravindran, A.Jayakanthan, K.Gunalan dan Zainal Nordin. . Ismail Ibrahim kini menjadi Penolong Jurulatih, Johor JDT, P. Maniam pula merupakan Penolong Jurulatih Selangor. Manaala Zainal Nordin adalah bekas pemain kebangsaan dan bapa kepada Amirul Hadi Zainal, bekas pemain kebangsaan dan pemain tengah Johor JDT.

Barisan pemain
Perak
Chong Kim Boon, A.Chandran, Jang Jung, Ahmad Suffian, Abdul Rais Rashid, Roefandi Yusof, Zulkifli Mansor, Azizol Abu Hanifah, Aung Naing, P.Ravindran, Kyi Lwin dan Nizam Adzha.

Selangor
Karel Sromsik, A.Jayakanthan, Ismail Ibrahim, K.Gunalan, P.Dharmalingam, P.Maniam, Malek Rahman, Ghani Ali, Zainal Nordin, Robert Dunn, Adam Abdullah dan P. Somasundram.[1]


[1]Sas, Selangor Juara FA,Yop Galeri Sukan Disember 1991, hlm.63  


No comments:

Post a Comment