Ad

Saturday, 18 January 2014

Terbuka Malaysia: Chen Long bungkus awal

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Pemain yang dijangka mampu menghalang jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei daripada memburu kejuaraan ke-10 pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia, Chen Long tersingkir lebih awal di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Bintang No. 2 dunia dari China itu ditunjukkan jalan keluar oleh jaguh Jepun, Kenichi Tago 18-21, 21-9, 10-21 pada saingan suku akhir.

Tago, 24, yang muncul naib juara All England 2010 kini akan berdepan pemain muda Indonesia, Tommy Sugiarto pada separuh akhir esok.

Tommy mara selepas mudah menyingkirkan pencabar dari India, K. Srikanth 21-10, 21-15.

Pada ketika kekalahan Chen Long, yang masih segar dengan kejayaan menumpaskan Chong Wei pada perlawanan akhir Terbuka Korea minggu lalu dianggap berita baik buat bintang perseorangan negara itu, namun ia mengurangkan sedikit keterujaan peminat badminton untuk menyaksikan pertarungan akhir terhebat, Ahad ini.

Dalam acara lain, pemain wanita No. 1 dunia, Li Xuerui melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Bellaetrix Manuputty dari Indonesia 21-11, 21-15.

Juara beregu wanita 2012, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark bangkit daripada kekalahan di set pertama sebelum menang 17-21, 21-19, 21-6 ke atas Ma Jin-Tang Yuanting. - UTUSAN ONLINE

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140117/su_12/Terbuka-Malaysia-Chen-Long-bungkus-awal#ixzz2qnZvGYJZ © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment