Ad

Saturday, 18 January 2014

Terbuka Malaysia: V Shem-Khim Wah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR 17 Jan. _ Beregu muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah meneruskan aksi cemerlang pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia apabila melangkah ke separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Pada ketika kebanyakan pemain senior negara tumbang awal, pasangan No. 17 dunia itu bagaimanapun meneruskan cabaran selepas menundukkan beregu England, Chris Langridge-Engpeter Mills 21-16, 21-14.

V Shem-Khim Wah, yang sebelum ini mengejutkan beregu No. 3 dunia dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada pusingan pembukaan, kini akan berdepan pemenang di antara pilihan kelima, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dari Korea atau Angga Pratama-Ryan Agung Saputra dari Indonesia. - UTUSAN ONLINE
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140117/su_13/Terbuka-Malaysia-V-Shem-Khim-Wah-ke-separuh-akhir#ixzz2qnad9wMy

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment