Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
TROUSSIER calon utama bimbing
Harimau Malaya.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dikatakan telah bersetuju melantik Phillipe
Troussier sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.
Begitupun, ia kini bergantung
kepada Troussier sama ada mahu menabur khidmat di Malaysia atau memilih Tunisia
sebagai destinasi baharunya.
Selain FAM, Troussier
dilaporkan telah mendapat tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak
Tunisia.
Begitupun, kini timbul khabar
berita apabila Sultan Ahmad Shah telah memberi ‘lampu hijau’ untuk melantik
Troussier sebagai pengganti Datuk K. Rajagobal yang telah tamat kontrak pada 31
Disember lalu.
“Pertemuan antara wakil FAM dan
Troussier telah diadakan di Singapura kira-kira dua bulan lalu dan daripada
pertemuan itu, sememangnya beliau (Trous- sier) sendiri menyatakan minat untuk
membimbing Harimau Malaya.
“Dalam mesyuarat Exco FAM
sebelum ini, Tuanku Presiden dan Ahli Majlis juga telah bersetuju untuk
melantik Troussier dan tiada nama lain dibangkitkan.
“Namun, FAM kini terpaksa
bersaing dengan Tunisia yang turut berhajat untuk mendapatkan khidmatnya
(Troussier),” kata satu sumber yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan,
Troussier yang pernah membimbing skuad kebangsaan Ivory Coast, Nigeria, Burkina
Faso, Afrika Selatan, Jepun, Qatar dan Maghribi ditawarkan gaji AS$1.52 juta
(RM4.9 juta) setahun.
Namun, status Troussier masih
menjadi tanda tanya biarpun beberapa penggiat sukan tanah air mendedahkan dalam
laman sosial Twitter milik mereka bahawa bekas pengendali kelab FC Ryukyu itu
sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.
“Sekarang duit bukan masalah
bagi FAM kerana mereka akan berusaha mendapatkan tajaan. Kini ia terpulang
kepada Troussier sendiri.
“Troussier telah menyatakan
minatnya untuk datang ke Malaysia kerana percaya pengalaman bersama pasukan di
Asia akan membantu meningkatkan lagi karier kejurulatihannya,” jelas sumber
berkenaan.
Selain Troussier, jurulatih AS
Roma, Zdenek Zeman; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain
Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob
Houghton dikatakan berada dalam radar FAM.SUMBER:UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16.1.14
No comments:
Post a Comment