Oleh
Faizul Azlan Razak | bhsukan@bh.com.my Cetak Emel Kawan
Wanggai buat JDT gigit jari
Wanggai (kiri) diasak pemain
JDT di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu, malam tadi. - Foto Aswadi Alias
Kuala Terengganu: Penyerang
T-Team, Patrich Wanggai muncul wira pasukannya membenam Johor Darul Ta'zim
(JDT) 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam
tadi.
Jaringan tunggal penyerang
kelahiran Indonesia itu memastikan pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah
mengutip tiga mata penuh ke atas skuad Harimau Selatan itu.
Seawal perlawanan menyaksikan
pasukan pelawat bermula garang dengan melancarkan serangan terus ke gawang gol
tuan rumah dan nyaris mendahului seawal minit ketiga permainan menerusi cubaan pemain
sayap kiri, Mohd Nazrin Md Nawi dari luar kotak penalti, namun rembatan gagal
menemui pintu gol.
Cubaan awal itu nyata menyuntik
semangat skuad Harimau Selatan untuk mencari gol pendahuluan, bagaimanapun
beberapa gerakan menarik di depan gawang tuan rumah gagal disempurnakan jentera
serangan JDT.
T-Team yang sesekali
melancarkan serangan balas menerusi gandingan pemain import, Wanggai dan Evaldo
Goncalves dilihat begitu sukar untuk membolosi benteng pertahanan pelawat yang
semakin ampuh diketuai kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan dan Baihakki Khaizan.
JDT yang dibarisi pemain
berstatus bintang berjaya menguasai rentak permainan dan nyaris memecah
kebuntuan gol pada minit ke- 13 melalui Pablo Aimar, namun rembatan deras
penyerang import kelahiran Argentina itu gagal menemui sasaran.
Tuan rumah bangkit
Tersentak dengan cubaan itu,
tuan rumah bangkit melancar serangan balas dan peluang untuk berada di depan
hadir seminit selepas itu menerusi Wanggai, bagaimanapun cubaannya mudah
didakap penjaga gawang JDT, Norazlan Razali.
Bersambung di babak kedua perlawanan
memperlihatkan tuan rumah memperkemaskan rentak permainan, namun beberapa
gerakan menarik skuad The Titans mudah dibaca pasukan pelawat.
Usaha T-Team untuk memecah
kebuntuan gol akhirnya tercapai apabila Wanggai bijak menanduk masuk bola
hantaran Goncalves berpunca sepakan penjuru yang dilakukan pemain gantian Azrul
Hazran pada minit ke-70.
Tertekan dengan jaringan itu
skuad kendalian Caser Fernando Giminez cuba bangkit untuk mencari gol
penyamaan, bagaimanapun benteng pertahanan T-Team yang dikawal rapi kapten
pasukan Mohd Faizal Mohamad dan gandingannya, Fabio Flor terus ampuh mengekang
asakan lawan.
Kemasukan tiga pemain gantian
iaitu Norsharul Idlan Talaha, Safee Sali dan Harris Harun babak kedua masih
gagal membantu skuad itu mencari gol penyamaan hingga wisel penamat.
Berita Harian online 26.1.14
No comments:
Post a Comment