29 November 2014
DATUK Seri Najib Tun Razak
mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya di atas kejayaan skuad negara menumpaskan pasukan Singapura pada kejohanan
Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub malam ini.
"Tahniah Harimau Malaya
berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir!
#AFFSuzukiCup," kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.
Kemenangan itu, hasil jaringan
Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin, membolehkan
Malaysia menempah slot separuh akhir bersama-sama juara Kumpulan B, Thailand.
Pada peringkat separuh akhir
awal Disember ini, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam manakala
Thailand yang merupakan juara tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan naib
juara Kumpulan A, Filipina.
Perlawanan separuh akhir akan
dijalankan mengikut format timbal balik iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan
7 Dis manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 29
November 2014
No comments:
Post a Comment