Ad

Friday, 12 December 2014

Dollah nak julang piala



Abdul Hafiz Ahmad  |  13 Disember 2014 1:29 AM
Dollah Salleh memeluk pemain pertahanan Mohd. Fadhli Shas ketika meraikan kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF di Hanoi kelmarin.

SEPANG - Misi ke separuh akhir dan perlawanan akhir seperti yang ditetapkan beberapa pihak sebelum ini sudah pun tercapai, justeru itu menjadi hasrat Dollah Salleh untuk melihat Harimau Malaya menjulang pula Piala AFF pada tugasan pertamanya sebagai jurulatih skuad kebangsaan itu.

“Sekejap (ada pihak letakkan sasaran) separuh akhir, sekejap perlawanan akhir. Sekarang sudah masuk perlawanan akhir, sudah tentu kami hendakkan piala sebab sudah sampai tahap ini perlawanan akhir,” katanya.

Namun Dollah me­ngakui terkejut dengan mutu persembahan anak buahnya yang begitu baik terutama pada separuh masa pertama di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin.

“Alhamdulillah, saya pun tidak menyangka kita boleh bermain begitu baik khususnya pada separuh masa pertama mampu mendahului 4-1.

“Tahniah kepada pemain, apa yang dijanjikan kepada saya, mereka telah buktikan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam, sekembalinya dia dari Hanoi.

Dollah turut memuji komitmen tinggi pemain senior seperti Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan, Mohd. Badhri Radzi dan Amri Yahyah yang memainkan peranan untuk membolosi gol Vietnam.

Malaysia memperoleh gol pada minit ketiga menerusi sepakan penalti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha (minit 16), gol sendiri Dinh Thien Thanh (minit 30) dan Shukor (minit 43).

“Pemain senior banyak tunjukkan komitmen tinggi. Piya (Mohd. Badhri) yang walaupun kali pertama saya turunkan tampak berha­sil. Ada persefahaman antaranya dengan Safiq (Rahim), Indra dan Shukor serta Amri.

Namun Dollah enggan terburu-buru untuk mengekalkan barisan cemerlang itu.

“Nantilah saya fikirkan. Malam esok (hari ini) kami akan kembali berlatih di Wisma FAM,” katanya.

Mengenai sejauh mana seriusnya kecederaan pangkal paha penyerang, Safee Sali yang tidak dapat diturunkan di Hanoi, Dollah berkata: “Saya rasa tidak serius walaupun semalam (kelmarin) dia memang tidak dapat beraksi”.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-nak-julang-piala-1.35773#sthash.6CgiOoot.dpuf

No comments:

Post a Comment