Ad

Saturday, 6 December 2014

Harimau Malaya masih berbisa



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
 
SKUAD negara perlu meraih kemenangan ke atas Vietnam pada pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam esok.

JURULATIH Vietnam, Toshiya Miura menegaskan, skuad kendaliannya tidak memandang rendah terhadap cabaran Malaysia yang telah kehilangan dua tonggak utama, Shukor Adan dan Amri Yahyah menjelang aksi pertemuan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam esok.

Sebaliknya, Miura menyifatkan, pasukan bimbingan Dollah Salleh masih memiliki ramai pemain-pemain hebat untuk mengisi ketiadaan bintang Felda United dan Johor Darul Takzim itu.

Shukor digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning ketika menentang Thailand dan Singapura manakala Amri terpaksa disisihkan selepas dilayangkan dua kad kuning masing-masing pada aksi bertemu Myanmar dan Thailand dalam aksi Kumpulan B di Singapura, November lalu.

Justeru, pengendali kelahiran Jepun itu yakin bahawa skuad Harimau Malaya tetap tampil sebagai pasukan pilihan berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Malaysia (Harimau Malaya) masih memiliki pemain-pemain berkualiti tanpa kelibat Shukor dan Amri. Saya percaya mereka tetap pasukan pilihan pada aksi Ahad (malam esok) ini.

“Sudah tentu kami akan berwaspada dengan ancaman mereka yang mana saya percaya Malaysia memiliki ramai pemain-pemain berkualiti untuk mengisi ketiadaan dua tonggak itu,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Bagaimanapun, bekas jurulatih kelab Jepun, Vissel Kobe itu tidak cepat menyerah kalah yang mana beliau tetap optimis bahawa skuad kendaliannya masih berupaya untuk mencatatkan keputusan potisif untuk aksi timbal balik pertama di Shah Alam nanti.

“Saya fikir kami mahu menang untuk aksi pertama ini. Tidak terlintas untuk mengamalkan corak bertahan semata-mata mahu mendapatkan keputusan seri.

“Kedua-dua pasukan mahu mencari bekalan jaringan untuk separuh akhir kedua dan sudah pasti, kami juga mahu berbuat demikian dalam memastikan Vietnam akan dapat bermain dengan lebih baik ketika di Hanoi nanti,” ujarnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3L7tWjVn9Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment