Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@Kosmo.com.my
NWAKAEME terus menabur bakti
bersama Pahang pada musim hadapan.
PERSATUAN Bola Sepak Negeri
Pahang (PBNP) memperkenalkan empat muka baharu untuk memperkuatkan skuad Tok
Gajah dalam persaingan Liga Malaysia musim hadapan.
Empat muka baharu itu ialah
Gary Steven Robbat dan D. Saavindran yang sebelum ini bermain untuk skuad
Harimau Muda A, Mohammad Ab. Aziz Ismail dari pasukan Kelantan dan Mohd. Rizua
Shafiqi Kamaruzaman yang ‘dinaikkan pangkat’ dari skuad Piala Presiden.
Tiada nama Baddrol Bakhtiar,
ayam tambatan Kedah yang sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke Pahang dalam
senarai pendaftaran pemain yang dikeluarkan PBNP manakala keempat-empat pemain
import yang beraksi bersama Pahang musim lalu, Dickson Nwakaeme, Damion
Stewart, Matias Ruben Conti dan Zeshan Rehman dikekalkan.
Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi
Ibrahim berkata, pihaknya mengekalkan hampir kesemua pemain dalam skuad Tok
Gajah musim lalu kecuali pemain muda, Abdul Malik Ariff yang dipinjamkan ke
Kuantan FA untuk menimba pengalaman.
“Gary dan Saavindran sudah
menandatangani kontrak pada 14 November lalu untuk bersama-sama dengan kami
selama semusim bermula 1 Disember lalu sehingga 30 November 2015.
“Selain itu, barisan pengurusan
skuad Tok Gajah turut dikekalkan seperti mana musim lalu, dari pengurus, Datuk
Che Nasir Salleh, jurulatih, Zainal Abidin Hassan sehinggalah kakitangan di
peringkat bawahan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat PBNP di Kuantan
semalam.
Mengulas mengenai situasi Mohd.
Faizol Hussain yang dikatakan bakal berhijrah ke Johor Darul Takzim (JDT) 2
musim hadapan, Fuzzeimi menjelaskan, pemain supersub itu masih mempunyai
kontrak berbaki 11 bulan lagi bersama Pahang.
Jelasnya, meskipun ada klausa
yang mengatakan kontrak tersebut boleh ditamatkan pada bila-bila masa, ia mesti
dilakukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Faizol menandatangani kontrak
untuk bersama kami selama dua tahun iaitu bermula pada 1 Disember 2013 sehingga
30 November 2015 dan kami masih berpegang pada kontrak yang dia sudah
tandatangan.
“Memang dalam Perkara 7 Buku 6
Laga Malaysia 2013-2016 ada disebutkan kontrak boleh ditamatkan bila-bila masa
dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, tertakluk pada terma dan syarat yang
dipersetujui bagaimanapun dalam senarai pendaftaran pemain Pahang ada nama
Faizol, maksudnya kami masih berminat pada khidmat beliau,” katanya.
Pendaftaran pemain bagi Liga
Super 2015 berakhir semalam.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3L7wzbvtyHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment