Ad

Saturday, 6 December 2014

Tujuh sekeluarga hidup daif



Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
 
ZAITON (kanan) menyenduk nasi yang hanya berlaukkan budu kepada empat orang anaknya, (dari kiri) Nur Aleeya Qistina, Nur Mashitah, Mohd. Hakim dan Nor Ain Athirah di rumah mereka di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Meskipun hidup dalam serba kedaifan, sebuah keluarga di Wakaf Che Yeh di sini tidak menjadikan kesulitan itu sebagai penghalang untuk mereka terus berikhtiar bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai.

Seorang tukang rumah, Mohd. Zulkifli Abdullah, 45, terpaksa menjual motosikalnya dan tong gas untuk membeli generator bagi membolehkan anak-anaknya mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.

Katanya, sudah setahun rumah mereka bergelap kerana bekalan elektrik telah dipotong kerana dia tidak mampu membayar tunggakan bil sebanyak RM2,000.

Keadaan lebih malang apabila bapa kepada enam anak itu kini menderita ketumbuhan di perut manakala isterinya, Zaiton Mamat, 41, yang bekerja di kedai kain terpaksa diberhentikan kerana syarikat mahu mengurangkan pekerja.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3L81EwkWwHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment