Ad

Monday 1 December 2014

Kelantan pertaruh 8 pemain baharu Liga-M musim 2015



  KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyenaraikan lapan muka baharu, termasuk empat pemain import untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata pemain berkenaan adalah bekas penyerang Terengganu, Mohd Norfarhan Mohamad, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd

Noor Hazrul Mustapha dari Perak serta pemain Harimau Muda A iaitu Mohd Ferris Danial Mat Nasir.

Sementara itu, empat pemain import terdiri daripada pemain Montenegro, Stefan Nikolic, dua bekas pemain kelab Persebaya Surabaya, Indonesia, Emmanuel Kenmogne dan Isaac Pupo serta pemain kelahiran Australia, Jonathan McKain.

Beliau berkata kehadiran pemain ini dapat memperkuatkan lagi pasukan Kelantan selepas bergelut dengan prestasi kurang memberangsangkan musim ini.

"Kita mempertaruhkan keyakinan tinggi dengan barisan pemain pada musim ini dan kita yakin jurulatih (George Boateng) mempunyai lebih banyak pilihan dalam kesebelasan utama," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan pemain 'The Red Warriors (TRW) 2015' dan penyerahan bas KAFA di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, KAFA turut menerima sebuah bas dua tingkat yang bernilai RM300,000 daripada syarikat perkhidmatan bas ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad. – BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 1.12.2014

No comments:

Post a Comment