Ad

Saturday, 6 December 2014

Mesti menang sekurang-kurangnya 2-0 – Khairy


 



Mesti menang sekurang-kurangnya 2-0 – Khairy
07 Disember 2014 1:27 AM
 
JOHOR BAHRU – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengharapkan pasukan Harimau Malaya mampu mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam malam ini.
Khairy Jamaluddin
Beliau berkata, mencari kemenangan de­ngan jaringan besar adalah satu kemestian bagi membolehkan mereka ke Hanoi dengan bekalan selesa untuk menghadapi pertemuan kedua kelak.

Katanya, skuad kendalian Dollah Salleh itu juga seharusnya memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri dan tidak memberikan ruang buat pasukan lawan untuk mendapatkan jaringan gol di tempat lawan.

“Saya mengharapkan kemena­ngan selesa dapat dicatatkan agar kita tidak terkejar-kejar apabila ber­aksi di tempat lawan, biar mereka yang mengejar kita. Dengan bekalan jaringan itu, kita akan mempertahankan kedudukan dan meletak­kan tekanan terhadap pasukan lawan.

“Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting kerana bermain di gelanggang sendiri dan mesti sekurang-kurang­nya mencatatkan kemenangan 2-0. Kalau boleh kita mahu tutup tahun 2014 dengan memenangi Piala AFF,” katanya selepas program Townhall di Permas Jaya di sini semalam.

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF akan berlangsung di Stadium Shah Alam malam ini manakala separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi akan berlangsung pada Khamis depan.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mesti-menang-sekurang-kurangnya-2-0-8211-khairy-1.33393#sthash.dNMGknVp.dpuf

No comments:

Post a Comment