06 Disember 2014 12:36 AM
Dollah Salleh (dua dari kanan)
berjabat tangan dengan Toshiya
Dollah Salleh (dua dari kanan)
berjabat tangan dengan Toshiya Miura selepas sidang akhbar pengurus pasukan di
Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. Turut sama, Mahalli Jasuli (kanan) dan ketua
pasukan Vietnam, Le Tan Tai.
PETALING JAYA – Bukan sekadar
mahu melunaskan dendam ke atas Harimau Malaya yang menyingkirkan mereka pada
separuh akhir edisi 2010 sebaliknya Vietnam berhajat mahu memalukan skuad
negara di hadapan penyokong sendiri apabila mereka bertemu di peringkat yang
sama di Stadium Shah Alam esok.
Hanya misi mesti menang berada
dalam minda anak-anak buah Toshiya Miura untuk pertemuan separuh akhir pertama
esok agar separuh akhir kedua di Hanoi kelak meletakkan mereka pada kedudukan
selesa.
Untuk itu, mencari keputusan
seri tidak berada dalam senarai sasaran mereka.
“Matlamat utama kami di sini
adalah mahu mendapatkan kemenangan, bukannya cuba meraih keputusan seri 0-0
atau 1-1.
“Sebaik sahaja sepak mula, kami
akan terus mengasak dan kekal fokus mendapatkan apa yang kami hajatkan walaupun
tahu Malaysia yang bermain di laman sendiri akan mendapat banyak kelebihan
kerana bukan sahaja sudah biasa dengan keadaan padang tetapi ribuan penyokong
mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.
Namun di sebalik rasa yakin
mampu membenam Harimau Malaya, jurulatih dari Jepun itu tetap melabelkan
Harimau Malaya masih berbahaya biarpun tanpa dua tonggak di bahagian tengah
Amri Yahyah dan Shukor Adan.
“Walaupun Malaysia tiada
kedua-dua pemain ini kerana digantung, saya tidak nampak pasukan anda terjejas
kerana berdasarkan aksi yang ditunjukkan di peringkat kumpulan saya nampak
banyak pemain lain masih boleh diharapkan.
“Kami juga berdepan situasi
yang sama kerana pemain tengah (Vu Minh Tuan) turut digantung dan saya rasa
kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang dalam perlawanan esok,” katanya.
Bagi ketua pasukan Vietnam, Le
Tan Tai, dia cukup menghormati kemampuan pasukan negara kerana masih
mengekalkan sebahagian besar pemain yang menjuarai Piala AFF 2010.
Dia melabelkan beberapa pemain
seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Safiq Rahim dan S. Kunanlan
sebagai nadi kepada Harimau Malaya dan mereka mampu memusnahkan pasukannya jika
dibiarkan bergerak terlalu bebas.
“Skuad Malaysia agak kuat
sebenarnya dari segi keseluruhan kerana saya nampak rata-rata pemain dari 2010
masih ada dalam pasukan dan mereka semakin baik dalam setiap perlawanan.
“Pemain anda yang menyarung
jersi 9 (Norshahrul), 10 (Safee), 8 (Safiq) dan 16 (Kunanlan) memang berbahaya
dan kami tidak boleh memberikan mereka terlalu banyak ruang,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/vietnam-tekad-malukan-skuad-dollah-1.33048#sthash.V1EnMxdK.dpuf
No comments:
Post a Comment