MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 06
Disember 2014 12:36 AM
bahang SEMAKIN
TERASA...Beribu-ribu peminat membanjiri perkarangan
BAHANG SEMAKIN
TERASA...Beribu-ribu peminat membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam semalam
untuk membeli tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia
dengan Vietnam sejak pukul 7 pagi. Difahamkan sebanyak 18,000 daripada 70,000
tiket masih berbaki yang akan dijual hari ini. – utusan/Saharuddin Abdullah
PETALING JAYA - Hanya sehari
sahaja lagi sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 menentang
Vietnam, mental dan fizikal para pemain Harimau Malaya kini sudah mencapai
tahap “200 peratus” dan hanya menunggu untuk meledak di Stadium Shah Alam malam
esok.
Bekas jurulatih Pahang dan PDRM
itu mengakui, tiada apa yang boleh dirahsiakan oleh pasukan Vietnam daripada
pengetahuan kem negara memandangkan kedua-dua pasukan bukanlah asing antara
satu sama lain.
Tambahnya, segala maklumat
mengenai Vietnam telah disalurkan oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim
Swee selain pemerhatian terperinci pembantunya, Reduan Abdullah yang
menyaksikan skuad bimbingan Toshiya Miura itu beraksi ketika menentang Laos di
peringkat kumpulan.
“Jika ditanya tahap persediaan
kami, saya boleh katakan kami kini sudah berada di kemuncak dan fokus kami 200
peratus kepada perlawanan menentang Vietnam Ahad ini.
“Segala kekuatan dan kelemahan
Vietnam sudah dikaji sepenuhnya, bukan sahaja melalui pemantauan khas Kim Swee
semasa berada di Hanoi, tetapi juga menerusi Reduan yang turut berkesempatan
menonton aksi pasukan itu semasa bertemu Laos.
“Andai kata lawan meletakkan
sembilan pemain sekali pun untuk bertahan, kami mesti mendapatkan gol supaya
dapat membawa kelebihan untuk pertemuan separuh akhir kedua kelak.
“Para pemain mahu memberikan
sesuatu yang istimewa kepada penyokong walaupun tanpa Amri Yahyah dan Shukor
Adan (kedua-duanya digantung satu perlawanan).
“Ketiadaan mereka berdua tidak
menjejaskan kekuatan kami,” katanya dalam sidang akhbar pengurus pasukan di
Wisma FAM semalam.
Berdasarkan statistik pertemuan
antara Malaysia dan Vietnam, tugas berat dijangka menanti Dollah kerana dalam
lima pertembungan terakhir sejak Piala AFF 2008, skuad negara hanya menang
sekali iaitu pada separuh akhir pertama 2010 dengan keputusan 2-0 di Stadium
Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu, bek kanan
Harimau Malaya, Mahali Jasulli menegaskan barisan pertahanan tidak boleh
membuka ruang kepada pemain sayap Vietnam yang diketahui cukup pantas mengasak.
Katanya, dalam masa yang sama
mereka tidak boleh terlalu ghairah dalam melakukan serangan agar tidak dihukum
oleh lawan yang kini diberi jolokan ‘Jepun Asia Tenggara’ kerana mempunyai
teknik hantaran dan corak permainan mengagumkan.
“Memang kami kalah 1-3 kepada Vietnam
dalam perlawanan persahabatan (16 November lalu di Hanoi) dan sudah tentu saya
harap bahagian benteng lebih pantas mengesan pergerakan mereka.
“Sebagai pemain yang pernah
beraksi pada edisi 2010, pertembungan ulangan seperti mana separuh akhir tahun
berkenaan memberikan kami keyakinan bahawa sejarah boleh berulang.
“Saya akan bermain seperti mana
anda saksikan sebelum ini dan mengikut apa jua arahan jurulatih untuk
memastikan kami memenangi perlawanan itu nanti,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-sudah-bersedia-200-1.33047#sthash.OjY1ipVd.dpuf
No comments:
Post a Comment