Ad

Monday, 8 December 2014

Najib hampa Malaysia kalah



09 Disember 2014 12:49 AM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hampa apabila melihat pa­sukan Harimau Malaya tumbang 1-2 kepada Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam, semalam.

Najib berkata, walaupun kekalahan itu agak menghampakan tetapi rakyat tidak harus menunjukkan semangat tinggi pada ketika pasukan negara mencatat kemenangan sahaja.

``Janganlah apabila kita menang bola sahaja, kita tunjuk semangat. Malam tadi kita kalah, agak hampa, saya pun hampa," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Malaysia berdepan laluan berduri untuk mencari tiket ke final selepas tumbang di Stadium Shah Alam. Harimau Malaya akan bertandang ke Hanoi pada separuh akhir kedua yang dijadualkan pada Khamis ini.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/najib-hampa-malaysia-kalah-1.34167#sthash.45Fcnx1e.dpuf

No comments:

Post a Comment