MUHAMMAD DAYNE AZMIN | 07
Disember 2014 1:28 AM
MOHD. Hafiz Kamal (kiri)
terpaksa melupakan seketika keadaan kesihatan
MOHD. Hafiz Kamal (kiri)
terpaksa melupakan seketika keadaan kesihatan abngnya yang menghidap demam
denggi untuk memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad Harimau Malaya yang
akan menentang Vietnam di Shah Alam esok. – MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF
PETALING JAYA - Perasaan pemain
tengah Harimau Malaya, Mohd. Hafiz Kamal agak terganggu menjelang perlawanan
separuh akhir Piala AFF bertemu Vietnam malam ini apabila mendapat berita
abangnya Muhammad Kamal disahkan menghidap demam denggi sejak Selasa lalu.
Katanya, dia hanya mampu berdoa
dari jauh sahaja agar Muhammad kembali pulih dan dapat keluar dari hospital
secepat mungkin, selain sentiasa menghubungi keluarganya untuk mengetahui
perkembangan terkini kesihatan abangnya itu.
Begitupun, dia berjanji
perasaan itu tidak akan terbawa-bawa ke dalam permainannya jika diberi
kepercayaan oleh Dollah Salleh untuk berada dalam kesebelasan utama.
Malah, pemain berusia 27 tahun
itu berikrar untuk beraksi lebih bersemangat dan mendedikasikan persembahan
terbaiknya kepada abangnya yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di Shah
Alam.
“Abang saya sudah lima hari di
hospital setelah disahkan menghidap demam denggi minggu lalu dan keadaannya
masih serius sehingga kini. Terus-terang saya memang sedikit bimbang.
“Saya hanya mendapatkan
maklumat terkini mengenai keadaan abang saya melalui kakak yang menjaga. Mereka
sentiasa memberitahu sebarang perkembangan kerana mereka faham buat masa ini
saya perlu berada bersama skuad kebangsaan.
“Keadaan abang langsung tidak
melemahkan semangat atau mengganggu fokus saya sebaliknya saya berazam mahu
menghadiahkan sesuatu kepada abang dengan mendapatkan kemenangan ke atas
Vietnam jika jurulatih menurunkan saya.
“Harap apa yang terjadi kepada
abang saya ada hikmah tersendiri bagi kami menentang Vietnam dalam perlawanan
esok (hari ini),” katanya yang ditemui selepas sesi latihan Harimau Malaya di
padang Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.
Hafiz yang sering diturunkan
selaku pemain gantian dalam beberapa perlawanan peringkat Kumpulan B di
Singapura, berkemungkinan menjadi pilihan dalam senarai utama Dollah untuk
beraksi di bahagian tengah, bergandingan dengan Safiq Rahim.
Tegasnya, dia tidak berdepan
sebarang masalah kerana sudah sekian lama mengidamkan tempat selaku pemain
utama dalam skuad Harimau Malaya terutama dalam Piala AFF.
“Semangat saya begitu tinggi
untuk menyarung jersi negara dan jika jurulatih meletakkan saya untuk bermula
esok (hari ini), saya sudah bersedia sepenuhnya kerana memang itu yang saya
inginkan.
“Bergandingan dengan Safiq juga
bukan satu masalah bagi saya kerana telah banyak perlawanan saya digandingkan
bersamanya dan kami tahu gaya permainan masing-masing.
“Kami telah mengkaji
sedalam-dalamnya corak permainan pasukan Vietnam, termasuk menerusi perlawanan
persahabatan di Hanoi sebelum ini. Ini pasti akan membantu kami mengambil
kesempatan ke atas kelemahan mereka,” katanya.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pengorbanan-hafiz-untuk-negara-1.33399#sthash.6OC0bzNI.dpuf
No comments:
Post a Comment