WEE WERN menghadiahkan mata
kedua buat skuad negara pada aksi separuh akhir menentang Mesir awal pagi
kelmarin, sekali gus membawa Malaysia melangkah ke final.
MALAYSIA melakar sejarah baharu
dalam sukan skuasy apabila buat pertama kalinya melangkah ke final Kejohanan
Berpasukan Wanita Dunia 2014 di Kanada awal pagi kelmarin.
Skuad negara diketuai Datuk
Nicol David, melakukan kejutan besar dengan menewaskan juara bertahan Mesir 2-0
pada perlawanan separuh akhir penuh dramatik di Pusat Skuasy Mark Sachvie.
Nicol, selaku pemain No.1
Dunia, membuka gelanggang dengan aksi cemerlang apabila menundukkan pemain No.3
Dunia, Raneem El Weleily 11-3, 8-11, 11-7 dan 11-9 dalam pertarungan selama 54
minit.
Pemain kedua negara, Low Wee
Wern mengesahkan slot Malaysia ke final buat pertama kali sejak kejohanan itu
diper–kenalkan pada 1979 apabila terpaksa berhempas pulas selama 86 minit untuk
meraih mata berharga itu.
Wee Wern yang juga pemain No.7
Dunia menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan Nour El-Sherbini
yang juga bekas juara remaja dunia tiga kali 11-9, 8-11, 11-2, 7-11 dan 11-9.
Sementara itu, Nicol berkata
beliau begitu gembira untuk mendapatkan mata pertama buat Malaysia.
“Kejayaan ini telah
menghadirkan perasaan yang sangat hebat bagi saya,” jelas Nicol yang dipetik
oleh laman web kejohanan, www.wwt2014squash.com.
Dalam pada itu, Wee Wern
menjelaskan bahawa dia berasa bangga kerana menghadiahkan mata kemenangan buat
skuad negara pada aksi separuh akhir itu.
“Perasaan saya sungguh hebat
untuk melangkah ke final buat kali pertama.
“Saya amat bangga dengan Nicol.
Selama ini, beliau telah membawa kejayaan untuk kita semua dan kali ini dia
seklai lagi membuktikan kehebatannya,” jelas Wee Wern.
Malaysia, selaku pasukan
pilihan ketiga, akan menghadapi saingan hebat pada final apabila bertemu
finalis 2012, England yang juga pilihan kedua kejohanan.
England yang tewas kepada Mesir
pada final edisi 2012, mengatasi Hong Kong 2-1 pada satu lagi aksi separuh
akhir.
Sebagai rekod, pencapaian
terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan ini ialah menduduki tempat ketiga
dalam empat edisi lepas iaitu pada 2006, 2008, 2010 dan 2012. – Bernama
UMBER
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3LAHpz5sfHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment