PETALING JAYA: Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada penyokong Vietnam selepas mereka
difahamkan diserang penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.
Menurut kenyataan badan induk
itu menerusi laman Facebook, hari ini, pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak
berkuasa bagi menangani perkara tersebut dan sebarang maklumat lanjut akan
dimaklumkan kelak.
Dalam perlawanan separuh akhir
pertama Piala Suzuki di Stadium Shah Alam, semalam, skuad Harimau Malaya tewas
1-2 kepada Vietnam.
FAM turut menyuarakan betapa ia
mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak dengan slogan - "
LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM."
Sementara itu, laman sesawang
FAM digodam dan pihak FAM dalam proses menyelesaikan isu berkenaan. Buat
sementara waktu laman ini akan ditutup.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment