RONALDO berjaya menjaringkan
hatrik ke-23 sepanjang bersama Real ketika mengatasi Celta Vigo 3-0, pada aksi
Liga Sepanyol, awal pagi semalam.
MADRID – Pemain pertahanan Real
Madrid, Sergio Ramos memuji persembahan cemerlang rakan sepasukan, Cristiano
Ronaldo sambil mendedahkan, tiada satu perkataan baharu untuk mengambarkan
kehebatan penyerang yang sering memecahkan rekod bola sepak Liga Sepanyol.
Awal pagi semalam, Ronaldo
berjaya mencipta hatrik ketika menewaskan Celta Vigo 3-0 sekali mencapai 200
gol sepanjang 178 penampilan Liga Sepanyol.
Kapten Portugal itu kini muncul
sebagai pemain paling banyak mencipta hatrik dalam Liga Sepanyol apabila
mencipta hatrik ke-23 ketika menewaskan Celta.
Mengulas mengenai pencapaian
peribadi Ronaldo, Ramos mengakui sudah ‘jemu’ untuk memuji bekas pemain
Manchester United itu dan calon Pemain Terbaik Ballon d’Or yang sering kali
mempamerkan persembahan menakjubkan.
“Statistik Ronaldo benar-benar
tidak masuk akal. Sebenarnya, Real sangat bertuah memilikinya dan saya fikir
media perlu mencipta satu perkataan baharu untuk Ronaldo. Dia sentiasa
memecahkan setiap rekod dan memberikan sumbangan besar kepada pasukan.
“Memiliki Ronaldo adalah satu
kelebihan cukup besar buat Real. Dia benar-benar bermotivasi dan berada di
tahap paling terbaik dalam kariernya,” kata Ramos selepas menyaksikan Real
berjaya merakamkan kemenangan ke-18 berturut-turut dalam kesemua kejohanan.
Dalam perkembangan sama,
jurulatih Real, Carlo Ancelotti tidak terlepas untuk menghamburkan pujian
kepada Ronaldo.
“Ronaldo seorang pemain yang
benar-benar menakjubkan. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan dia adalah
pemain paling hebat dalam zaman kini,” katanya. – Agensi
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3LGXkh0awHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment