Ad

Monday, 1 December 2014

Safee diberi amaran keras



01 Disember 2014 4:24 PM
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada penyerang negara, Safee Sali supaya tidak merokok dalam kem kebangsaan ketika kempen Piala AFF sedang berlangsung.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penyerang itu sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, namun sekiranya dia ditangkap melakukan perkara tersebut sekali lagi tindakan tatatertib akan dikenakan.

“Safee sudah minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Kami juga sudah mengeluarkan amaran lisan kepadanya, jika dia buat lagi perkara yang sama tindakan tatatertib akan dikenakan,” kata Hamidin di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safee-diberi-amaran-keras-1.31440#sthash.2rbpdZLH.dpuf

No comments:

Post a Comment